Pasarkan Produk ke Peringkat Antarabangsa Dengan TopzMall. | Sebagai seorang peniaga anda mesti mahu memasarkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi bukan? Apabila kita dapat memasarkan produk kita ke luar negara, kita dapat mengembangkan lagi perniagaan kita ke peringkat yang lebih besar.
TopzMall adalah salah satu platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa. Selepas berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta pada tahun pertama operasinya, platform e-dagang TopzMall yakin dengan model perniagaannya yang memberi fokus terhadap produk tempatan.
Pelanggan TopzMall bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga Filipina, Vietnam, dan pasaran terbesar platform adalah di China. MDEC dan SIDEC saran SME Malaysia untuk menyertai dan menikmati penyenaraian percuma produk TopzMall. Pada masa yang sama, platform ini juga menyediakan kandungan menarik untuk mempromosikan produk peniaga dan mewujudkan ekologi e-dagang yang baik.
“TopzMall berbeza dengan platform e-dagang yang lain kerana kami memberi fokus untuk memasarkan produk jenama tempatan ke luar negara,” ujar Ketua
Pegawai Operasi (CEO)TopzMall, Encik Calvert Choo.
Tambahnya, TopzMall menyasarkan jualan berganda pada tahun depan iaitu sebanyak RM32 juta. Justeru, Encik Calvert Choo menyeru untuk lebih ramai peniaga tempatan menyertai TopzMall.
Berikut adalah 5 sebab kenapa para usahawan perlu menyertai Topzmall :
1) Menjangkaui pelanggan di seluruh dunia - Tidak menghadkan perniagaan hanya di pasaran tempatan malah meliputi dan mampu menarik pelanggan di seluruh dunia
2) Trend Program Mini - Trend baharu e-dagang di asia tenggara, pengguna boleh mengakses Topzmall dengan mudah daripada mana-mana aplikasi seperti Yippi
3) Kempen Jualan Kreatif - Topzmall akan mengadakan pelbagai kempen seperti Double Digit Sales Campaign. Peniaga juga boleh mempromosikan produk secara kreatif melalui Topzmall Group Buy, Flash Sale dan lain-lain kempen jualan kreatif.
4) Khidmat pemasaran dengan KOL - Promosikan produk dengan menggunakan khidmat KOL untuk memperkenalkan jenama dan memberi keyakinan kepada pelanggan
5) Kursus panduan jualan secara intensif (one-to-one) - Tak pandai berniaga dalam e-dagang? Jangan risau, Topzmall menyediakan panduan jualan secara one-to-one kepada setiap peniaga yang menyertai.
Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Encik Calvert Choo |
Menurut Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Encik Calvert Choo, terdapat, pelbagai produk Malaysia yang berkualiti dan TopzMall merupakan platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
“Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan dalam tempoh setahun iaitu 16 juta, kami yakin model perniagaan dengan
bergabung bersama rakan strategi telah berjaya.
Selepas ini, kami akan bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi, penggunakan aplikasi berkenaan boleh mengakses TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar, sebalik mereka terus boleh membeli-belah.
Produk Halal di TopzMall
TopzMall juga merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall, di mana masyarakat Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Oleh itu, TopzMall mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran antarabangsa.
Jelas Encik Calvert Choo, pihaknya yakin produk halal tempatan akan mendapat sambutan di TopzMall kerana kreadibiliti sijil halal Malaysia yang cukup diyakini di peringkat antarabangsa.
“Sijil halal Malaysia mempunyai kreadibiliti yang kukuh berbanding sijil halal antarabangsa lain. Bukan mudah untuk mendapatkannya dan perlu melalui pelbagai prosedur yang cukup teliti. Jadi, kami berharap selepas ini peniaga produk halal tempatan boleh menyertai kami di TopzMall dan menjual produk mereka ke seluruh dunia.
Buat masa ini kekuatan kami adalah di China kerana majoriti pelanggan datangnya dari sana. Pasaran halal di China juga cukup besar, kami berharap pemilik produk halal tempatan tidak akan melepaskan peluang yang ditawarkan apabila kategori halal diperkenalkan dalam TopzMall,” ujar Encik Calvert Choo.
Majlis Perlancaran dan Perlantikan Duta TopzMall.
Dari kiri - Mr. Ivan Tan - Ms. Shirley - Mr.Ahmad Salman Bin Ahmad Fua'ad- Madam Carol Fung- Mr. Calvert Choo - Ms. Jeryl Lee- Datuk Ringo Low- Mr. Simon Wong |
Saya berkesempatan untuk majlis pelancaran dan pelantikan penyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen ‘TopzMall 2022 CNY Goods’ di Sunway Hotel pada Khamis lalu. Selebriti Chef Malaysia Chef Ivan Tan bermula menjual hidangan Tahun Baru Cina terus di TopzMall 2022 CNY Goods Campaign dengan harga promosi, ia menjadi produk utama Perayaan Tahun Baharu Cina.
Celebrity Chef Ivan (kiri), CEO of TopzMall Mr. Calvert Choo (tengah), TopzMall 2022 CNY Goods Campaign Ambassador Jeryl Lee (kanan) |
Pada Majlis perlancaran tersebut kami berkesempatan untuk beramah mesra dengan pelbagai vendor yang ada di dalam TopzMall. Di TopzMall terdapat lebih 200 vendor yang telah bersama mereka membuat jualan pada tahun lepas dan kini mereka mengalu-alukan lebih ramai peniaga untuk bersama berjaya dengan mereka ke peringkat antarabangsa.
Antara peniaga yang hadir pada haritu adalah :
Kesemua peniaga mempunyai produk yang bermutu tinggi yang sememangnya mampu bersaing di pasaran antrabangsa. Jikalau anda juga mempunyai produk yang ingin dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi, saya amat menyarankan anda untuk mencuba platform e-dagang TopzMall hari ni.
Untuk menyertai TopzMall scan QR Code ini |
Untuk membuat pembelian di TopzMall boleh tonton video ini :
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://topzmall.com/
Facebook : facebook.com/topzmallofficial
Instagram : https://www.instagram.com/topzmall/
wah..peluang baik untuk usahawan2 malaysia pasarkan produk masing-masing ke peringkat antarabangsa. bukan senang ada platform macam ni..dah ada ni kena rebut peluang..
ReplyDeletebagus la ada cmni.. bukan hanya pasaran malaysia je tapi sleuruh dunia.. manatau boleh berjaya di peringkat antarabangsa
ReplyDeleteplatform yang bagus untuk usahawan ni.. sijil halal Malaysia pulak memang bertaraf antarabangsa..
ReplyDeleteMuda betul ceo dia. Bolehla survey sini plak
ReplyDeleteWah dah ada platform baru untuk bantu usahawan pasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. sekurang kurangnya membantu usahawan kita maju ke peringkat yang lebih tinggi
ReplyDeletekali pertama Sha dengar platform ni.. bagus bntu usahawan
ReplyDeleteBaguslah platform macam nih... Boleh perkenalkan banyak produk baharu dan memasarkannya kepada umum... untuk mudah dapatkannya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBagus platform macam ni sebab ia beri peluang untuk usahawan pasarkan produk di zaman pandemik ni.
ReplyDeleteMenarik juga NIH.. boleh try usha platform ni plak...
ReplyDeletebagus juga platform ni..baru tahu ada platform ni
ReplyDeletebagus la dgn kemunculan shopping platform yg baharu ni. ada byk pilihan utk membeli-belah...
ReplyDeleteGreat tip,as always. A quick browse of my past blog posts,and I can see numerous examples where I should have implemented the steps you describe.
ReplyDeleteBaru tahu ada kewujudan website ni
ReplyDeleteThis article is very useful, I really appreciate your efforts, Thanks for sharing
ReplyDelete