Lindungi Anak-Anak Dari Jangkitan Kuman & Virus Dengan Diffenz Junior

shamiera osment
0
Lindungi Anak-Anak Dari Jangkitan Kuman & Virus Dengan Diffenz Junior. | Pandemik Covid-19 ketika ini mengajar kita semua untuk sentiasa menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari jangkitan kuman dan virus berbahaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sering mengingatkan kita supaya kerap mencuci tangan dengan sabun atau pun hand sanitizer agar tangan kita bebas dari kuman dan virus. 


Benar kebersihan itu penting tetapi pengambilan makanan atau suplemen tambahan juga penting untuk kita tingkatkan antibodi dan sistem imun badan kita. Ramai juga diantara kita yang rendah sistem imun badan dan ini boleh menyebabkan mereka mudah dijangkiti kuman dan virus. 


golongan berisiko tinggi,


Kanak-kanak merupakan antara golongan yang paling mudah terdedah dengan jangkitan selain warga emas dan ibu mengandung kerana mereka mempunyai antibodi dan sistem imun badan yang rendah. 


Tambahan pula, ada di antara mereka ini yang tidak mendapat nutrien yang mencukupi kerana pengambilan makanan yang tidak seimbang setiap hari menjadikan mereka ini kekurangan zat yang diperlukan badan. Terdapat beberapa jenis masalah kekurangan zat dalam kanak-kanak yang lazim iaitu Zat Besi, Vitamin D, Vitamin C, zink dan kalsium. 


Perkembangan sihat anak-anak agar mereka dapat mencapai potensi mereka bermula dari meja makan. Kekurangan zat makanan atau nutrien bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tubuh fizikal si manja anda, bahkan boleh menjejaskan perkembangan emosi dan kemahiran kognitif (berfikir) mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi menangani permasalahan ini.


eskayvie diffenz junior, kebaikan diffenz junior, khasiat diffenz junior, lindungi anak-anak dari virus, makanan tambahan untuk tingkatkan imuniti,
 

Bagaimana mengetahui jika anak mengalami kekurangan berat badan?

Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard mengikut jantina.
Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. 

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.


Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Also Read : Nama Anak Lelaki

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing.
Tekanan.
Senaman yang berlebihan
Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Diffenz Junior Bantu Menyokong Perkembangan dan Tumbesaran Kanak-Kanak 2 hingga 12 tahun


 eskayvie diffenz junior, kebaikan diffenz junior, khasiat diffenz junior, lindungi anak-anak dari virus, makanan tambahan untuk tingkatkan imuniti,

Diffenz Junior merupakan inovasi terkini dari Eskayvie khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun. 

Ia diformulasi khas untuk membantu meningkatkan antibodi dan sistem imun badan serta menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka agar menjadi kanak-kanak yang sihat, aktif dan terhindar daripada jangkitan kuman dan virus yang berbahaya.

 eskayvie diffenz junior, kebaikan diffenz junior, khasiat diffenz junior, lindungi anak-anak dari virus, makanan tambahan untuk tingkatkan imuniti,
 
eskayvie diffenz junior, kebaikan diffenz junior, khasiat diffenz junior, lindungi anak-anak dari virus, makanan tambahan untuk tingkatkan imuniti,

Dalam Diffenz Junior juga mempunyai bahan-bahan yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak ini bagi melengkapi nutrisi di dalam badan mereka. 


 

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

Jom kita ketahui lebih lanjut apakah bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior:

1. Kolostrum 

 

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu :
Meningkatkan sistem imun badan 
Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
Kesan anti-mikrob dan anti-virus
Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

2. Multivitamin Dan Mineral


Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. 

Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
Melengkapkan keperluan nutrisi
Menyokong penglihatan 
Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
Melindungi diri daripada jangkitan 
Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

3. Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)

 
Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.


Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

Kebaikan:
Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

4. Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

 
“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.


Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan:
Menguatkan sistem imun
Antioksidan dan anti-radang
Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
Menstabilkan tekanan darah tinggi
Merangsang penghasilan kolagen
Mengawal gula darah

5. Vitamin D 

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.


Malah, ada golongan tertentu yang berisiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 


Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. 



Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti, Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari. Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi dan sebagainya. 


Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D. 

6. Vitamin C 

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.


Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 


Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.


Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Diffenz Junior Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak


eskayvie diffenz junior, kebaikan diffenz junior, khasiat diffenz junior, lindungi anak-anak dari virus, makanan tambahan untuk tingkatkan imuniti,
 
Diffenz Junior ini dicipta khas untuk memberikan perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak. Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan kesihatan dan perkembangan anak-anak, sememangnya anda perlu dapatkan suplemen tambahan untuk menyokong tumbesaran mereka agar dapat membesar dengan sihat dan aktif.


Harga sebuah kesihatan yang baik adalah tidak ternilai harganya. Jangan tunggu sakit baru kita nak perhabis duit untuk dapatkan rawatan. Waktu ini nak menyesal pun dah tak berguna lagi. 


Sama-sama kita berusaha menjaga kesihatan ahli keluarga kita terutama anak-anak kecil ini. Persiapkan diri anak-anak anda dengan mendapatkan nutrisi yang seimbang dan lengkap agar antibodi dan sistem imun badan mereka mantap untuk menjalani kehidupan seharian. Kita perlu lindungi mereka supaya kekal sihat, aktif serta terhindar daripada pelbagai penyakit yang berbahaya. 


Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Eskayvie Diffenz Junior, anda boleh layari laman web dan pautan media sosial di bawah.


FB PAGE: Eskayvie Malaysia  
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia 


Post a Comment

0Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !