Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan.

Amirrah Othman
1
Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan. | Ramadan bakal tiba lagi beberapa hari dan umat islam pastinya menanti bulan yang penuh keberkatan ini setiap tahun. Di bulan Ramadan, semua berlumba-lumba menunaikan ibadah di bulan ini termasuklah ibadah Zakat.


Ibadah Zakat adalah rukun Islam yang ke lima dan ianya dituntut bagi yang berkemampuan. Saban tahun jumlah pembayar zakat bertambah dan pada tahun 2018 sahaja, pihak Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip RM95.8 juta menerusi pembayaran zakat fitrah dan harta dengan bilangan pembayar hampir 110 juta orang direkodkan.



Bersempena dengan Ramadan 2019, pihak PPZ-MAIWP menyasarkan peningkatan 15% atau RM110 juta kutipan zakat fitrah dan harta pada tahun ini. Justeru itu, PPZ-MAIWP melancarkan kempen IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN bagi menggalakkan umat Islam berzakat sepanjang Ramadan tahun ini.





Bertepatan dengan slogan "Memudahkan Anda Berzakat", pihak PPZ-MAIWP berusaha bagi memastikan perkhidmatan bagi urusan pembayaran zakat lebih efisien dan memudahkan orang ramai. Antara inisiatif yang dilakukan adalah dengan pembukaan 10 kaunter PPZ-MAIWP setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan bermula dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang. Ia melibatkan 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan. Urusan pembayaran boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit/kredit dan kad kredit perbankan Islam. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter adalah: 

  1. menaksir/mengira zakat 
  2. membayar semua jenis zakat 
  3. mendapatkan salinan resit zakat 
  4. menyemak rekod bayaran zakat terdahulu mendapatkan borang kebenaran potongan gaji zakat 



Ketua PegawaiEksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff @ustazahmadshukriyusoff di PPZ




Kaedah Pembayaran Zakat : 

1. Laman Sesawang

Selain itu, orang ramai juga boleh menunaikan bayaran semua jenis zakat menerusi laman sesawang rasmi www.zakat.com.my . Kaedah ini lebih mudah dan boleh dilakukan sepanjang 24 jam serta resit pembayaran boleh didapati secara terus. Anda juga boleh menyemak rekod pembayaran terdahulu secara atas talian.


2. Kaunter Zakat Bergerak

Pihak PPZ-MAIWP turut menyediakan perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak dan anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Zakat PPZ-MAIWP di talian 1-300-88-5757 bagi mengetahui lokasi Kaunter Zakat Bergerak ini.

3. Skim Potongan Zakat Bulanan


Pada majlis sama, pihak PPZ-MAIWP turut melancarkan penjenamaan semula Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat) dengan nama baru, Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB). Skim ini memudahkan pembayar Zakat dengan potongan bulanan terus dari akaun pembayar.

Antara zakat harta yang digalakkan untuk ditunaikan seoanjang Ramadan ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, dan Zakat Saham. 

Sebagai penghargaan kepada setiap pembayar zakat, pihak PPZ-MAIWP menyediakan cenderahati khas berupa sampul raya, Kit Ramadan & Syawal bermula 1 Ramadan serta produk Asnaf (bermula minggu ke-3 Ramadan). Ianya tertakluk selagi stok masih ada dan kaedah pembayaran. Selain itu, cenderahati khas turut diberikan kepada 1000 orang yang mengulangi pembayaran menerusi atas talian.




Selain daripada itu, Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian) yang ditawarkan oleh PPZ-MAIWP, pembayaran bulanan minima RM 50 melayakkan setiap waris pembayar zakat menerima sumbangan khas sebanyak RM 3 ribu sekiranya berlaku kematian. Setakat ini terdapat 7keluarga yang telah mendapat faedah dari Skim Khairat Kematian PPZ-MAIWP.


Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri akhir kata menyeru semua untuk menunaikan kewajipan Zakat di bulan yang mulia supaya dapat memberikan 2.5% kepada golongan Asnaf di Wilayah Persekutuan Ramadan ini.

Anda boleh melayari laman sesawang dan media sosial rasmi PPZ-MAIWP bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Facebook : 


Instagram : 

" Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan."



Tags

Post a Comment

1Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

  1. Nice sharing.. jangan lupa tentang zakat... 1st time datang sini, done follow blog. Jemput singgah dan followback bila free... :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !