Tahap Kebijaksanaan Si Manja Bergantung kepada Nutrisi yang Di ambil?

shamiera osment
0

Tahap Kebijaksanaan Si Manja Bergantung kepada Nutrisi yang Di ambil? | "Pandai anak awak, makan apa?" Ibu bapa semua pernah tak dengar ayat kliche macam ni? Memang jarang sebenarnya, sebab mostly parents akan mengaitkan isu makan dengan kesihatan... Jarang sangat mengaitkan anak yang bijak tu kerana cara permakanan mereka...

Tapi, tahukah anda bahawa penyedian nutrisi pemakanan pada setiap tahap penting untuk anak anda?


Menurut SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys, nutrisi memberi impak terhadap kepintaran atau IQ kanak-kanak. Ketika mental kanak-kanak berkembang secara berperingkat, adalah penting untuk ibu bapa mengawal pencapaian perkembangan minda serta membantu mereka membesar dengan lebih baik dan lebih bijak dengan menyediakan khasiat pemakanan yang sesuai pada setiap peringkat. 

Saya juga sebagai ibu baru turut dipengaruhi dengan kepentingan nutrisi dalam anak-anak saya dan sebagai seorang Gastronomers rugilah tidak memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk membesarkan anak-anak... Lagipon mak saya adalah seorang yang sangat particular tentang pemakanan anak-anaknya.. " Jangan bagi anak makan ini, nanti tak pandai.. Kasi anak makan ini baru dia pandai." Alhamdulillah dalam usia Zahra yang baru 2tahun 6bulan dia sudah menghafal ABC, 123, Alif Ba Ta dan doa makan.. Dan pandai menulis huruf A, A only lah..hihi..

Sekiranya anda adalah ibu bapa kepada anak yang berumur 1 hingga 6 tahun, sertailah bengkel Duth Lady ini yang penuh dengan informasi serta menyeronokkan di mana para pakar berkongsi dengan anda agar lebih memahami perkembangan mental si manja anda. Setiap peringkat umur anak-anak mereka akan menunjukkan sikap yang baru, jadi sebagai ibu bapa kita hendaklah memahami sikap mereka supaya kita tidak terlalu tegas dengan mereka... 

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk mengoptimumkan perkembangan mentalnya dengan gaya pemakanan yang sesuai. Anak-anak harus di beri makanan yang sesuai dengan umur mereka. Kan?

Bukan itu sahaja, anda dan si manja (yang berumur 1 hingga 6 tahun sahaja) akan turut mempelajari teknik untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui latihan SpeedSmart. So apakah latihan SpeedSmart itu? Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah join bengkel ini... :)

 Maklumat lanjut tentang bengkel ini adalah seperti berikut :

Tajuk :  Tahap Kebijaksanaan Si Manja: Kebaikan Nutrisi
Tarikh :  24 Januari 2015, Sabtu
Masa : 10.30am (Pendaftaran bermula dari 9.30am)
Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South


Para panel adalah pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik yang terdiri daripada ; Dr. Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway; Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Dr. Yong Junina Fadzil, Penasihat Pediatrik. Ketiga-tiga pakar ini akan memberikan tips-tips serta nasihat berguna kepada ibu bapa yang bakal menyertai bengkel ini. 


Professor Dr. Poh Bee Koon





Dr. Yong Junina Fadzil

Dr. Alvin Ng, 











Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan dan setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady yang bernilai RM50! Sangat murah untuk menuntut ilmu bukan? Plus dapat kit yang harga lagi mahal dari harga yuran tadi!!!

Untuk pendaftaran Ibu Bapa Hebat anda hanya perlu menghubungi talian bebas tol di 1800-22-1233 atau e-mel segala pertanyaan anda juga maklumat anda di mail@bridgespr.com.my

Dan bayaran RM30 itu boleh dibuat ke akaun bank penganjur bengkel melalui tunai atau perbankan melalui talian (online transfer) :
• Bank: Maybank
• Nama: Bridges PR & Events Sdn Bhd
• Nombor Akaun: 5144-4012-1112

Ibu bapa yang masih baru lagi di dalam dunia keibubapaan adalah digalakkan menyertai bengkel ini bagi mengumpul sebanyak mana maklumat berguna bagi membantu dalam membesar anak-anak... Bukan senang kita diberi peluang sebegini kan???


Jadi jangan lepaskan peluang yang benilai ini ... Semuanya untuk masa hadapan anak anda... Anak adalah amanah untuk kita, dan kita hanya diberi peluang sekali sahaja untuk membesarkan mereka...

So cepat-cepat call hotline or kalau segan terus je email ok...


Bonda Az-Zahra & El-Fateh,

Shamiera Osment


Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad
Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu untuk membesar di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia yang telah dianugerahkan ‘Company of the Year 2014’ oleh The Edge Billion Ringgit Club menghasilkan dan menjual rangkaian produk tenusu bagi pasaran tempatan dan eksport, dan kesemua produk tersebut digemari ramai menerusi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan institut penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009,melibatkan empat buah negara - Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dutchlady.com.my.
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !