Pemakanan Kanak-kanak VS Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

shamiera osment
0
Cuti sekolah telah pon tamat dan ramai ibu bapa yang sangat teruja menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kebanyakan ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak demi masa hadapan mereka kerana ialah satu perkara yang paling indah sebagai seorang ayah/ibu adalah untuk melihat anak-anak kita membesar dan melihat pencapaian mereka yang cemerlang di sepanjang tempoh pembesaran mereka.


Untuk menjadi seorang yang cemerlang pelbagai bahagian perlu diambil kira oleh ibu bapa bagi memastikan tumbersaran kanak-kanak cemerlang. Salah satu bahagian penting dalam tumbesaran awal kanak-kanak adalah perkembangan kognitif, atau lebih dikenali sebagai perkembangan mental. 





Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth, 2004).


Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan keupayaan sesorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana ia diingat semua apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Panjang lebar definisi yang dikeluarkan hasil kajian yang dilakukan di serata dunia kerana para pakar tahu ianya amat penting untuk anak-anak yang merupakan pelapis masa hadapan.




Jadi tahukah anda pemakanan memainkan peranan penting untuk tumbesaran dan kemajuan anak anda secara berterusan sepanjang zaman kanak-kanak?


Menurut kajian, pemakanan kanak-kanak adalah salah satu factor yang menyumbang kepada perkembangan kognitif anak-anak anda.  Tambahan pula, nutrien tertentu diperlukan pada setiap peringkat perkembangan mental yang berbeza untuk otak yang pintar dan sihat.


Nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak adalah berbeza di setiap peringkat. Ibu bapa perlu memberi pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrient dipenuhi oleh anak-anak. Piramid diet sihat adalah salah satu panduan membantu ibu bapa memilih makanan yang hendak dimakan setiap hari kerana ia merangkumi empat kumpulan makanan dan tip piramid.




Makanan yang menyediakan nutrien diperlukan kanak-kanak untuk membina tubuh yang kuat turut membekalkan tenaga diperlukan untuk membesar secara normal.
 
piramid makanan untuk kanak-kanak


Untuk pengetahuan anda tidak ada satu makanan pun yang membekalkan semua nutrien diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembesaran fizikal dan mental secara optimum. Setiap makanan mempunyai kadar nutrient yang berbeza, sebagai contoh nasi adalah sumber karbohidrat, ikan sebagai sumber protein, dan lain-lain. Justeru itu, berikan pelbagai makanan daripada setiap kumpulan makanan berkenaan pada setiap hari kepada bagi membekalkan nutrien diperlukan oleh anak anda.

 
Senarai nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak



Anda inginkan maklumat lanjut tentang pemakanan anak-anak anda? The Do’s and The Don’t’s? Adakah anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut dari pakar-pakar sekalian? Sertailah bengkel Tahap Kebijaksanaan Si Manja: Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja ini sekarang kerana hanya tinggal tempat yang TERHAD sahaja! Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan Mia Sara di bengkel!


Jadi jangan lupa janji temu kita di :

 Bengkel :  Tahap Kebijaksanaan Si Manja: Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja
Tarikh :  24 Januari 2015, Sabtu
Masa : 10.30am (Pendaftaran bermula dari 9.30am)
Bertempat di :  Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South




Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan  Dutch Lady yang bernilai RM50!


 Untuk pendaftaran ibu bapa sekalian boleh menghubungi talian bebas tol :  1800-22-1233 atau menerusi  E-mel :  mail@bridgespr.com.my




Semoga kita berjumpa di bengkel ilmiah ini nanti!


Saya ingin jadi ibu cemerlang!

Shamiera Osment.

Source:
**Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2004). Maths & Science For Yung Children. NY: Thomson Delmar Learning.
**Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008). Modul Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah , Perkembangan Kognitif Kanak-kanak. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !