Ulangtahun Perkahwinan Lebih Bermakna Dengan Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia.

shamiera osment
2
Ulangtahun Perkahwinan Lebih Bermakna Dengan Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia.|  Pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga atau pun baru pastinya menanti tarikh ulangtahun mereka untuk di raikan setiap tahun. Bagi yang mengimpikan untuk beramal di Makkah tetapi masih tidak berkemampuan boleh mencuba untuk menambah amalan di Pelayaran Islamik ini.


Percutian cruise adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana banyak memori indah dapat di kecapi sepanjang perjalanan itu. Tetapi mungkin ramai yang tidak menyenangi pelayaran yang penuh dengan hiburan melalaikan dan cruise yang menghidangkan arak di dalam perjalanan mereka. 




Alhamdulillah dengan zaman yang serba maju ini, lebih ramai umat Islam semakin maju ke hadapan dan lebih berfikiran Islamik. Pada saya kita boleh sekarang ramai wanita bertudung daripada yang tidak bertudung. Ini kerana ilmu yang dapat diperolehi secara mudah dan kesedaran mereka terhadap agama semakin luas. 


Sebegitu juga permintaan terhadap makanan Halal serta segalanya berlandaskan hukum Syarak. Sehubungan itu INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pelayaran Islamik untuk umat Islam yang menginginkan sesuatu yang lebih dekat kepada tuhan mereka. 



Apakah Pelayaran Islamik 

Ia adalah pelayaran yg penuh dengan pengisian keagamaan dan kemasyarakatan dengan menaiki Kapal Star Cruise Libra. Pelayaran mewah dengan gaya hidup resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan memuaskan.  Pelayaran Islamik  ini mengambil masa 4 hari. Bermula dari Port Star Cruise Penang, Phuket, Krabi & kembali semula ke Penang dengan menaiki kapal Star Cruise Libra / Aquarius . Banyak kemudahan yang ada didalam kapal tersebut untuk keselesaan para penumpang.


Tarikh pelayaran : 1 Februari 2015 - 4 Februari 2015
Lokasi pelayaran : Penang - Phuket - Krabi
Jenis pelayaran : Kapal Star Cruise Libra



Pelayaran Islamik 3.0 kali ini akan di sertai oleh :


Ustaz Badli Shah

Sheikh Abdelaziz Ghonim




Dato Hassan Mahmud

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah


Penampilan istimewa : Imam muda Miril


pelayaran islamik, islamik travel, islamik cruise travel, Islamic cruise, Islamic cruise Malaysia,
Ustaz Kazim di Palayaran Islamik 1.0


Pengisian Pelayaran Islamik 3.0

Seperti yg di ketahui sebelum ini Pelayaran Islamik ini adalah untuk menambah ilmu agama. Bagi individu yang dahagakan ilmu amat baik menuntut ilmu disini kerana anda dapat mempelajari kedudukan kiblat semasa di atas kapal / di tengah lautan, mempelajari Solat Jama' & Qasar dgn lebih sempurna.



Para peserta juga akan dihidangkan dengan halwa telinga yang indah dengan bacaan Al-Quran dari para Tahfiz. Ceramah agama adalah acara yang semestinya ada di dalam pelayaran ini. Di samping itu para peserta bakal mengikuti Qiyamullail berjemaah dan juga solah Dhuha pada hari pelayaran nanti.



P   
   Program ziarah adalah satu acara yang di sertakan didalam program Pelayaran Islamik 3.0  dan pada kali ini para peserta akan menziarahi Sekolah Pondok di Phuket, Thailand. Mungkin kita selalu mendengar keindahan Phuket dengan pulau yang cantik dan tempat membeli belah, kali ini pihak Pelayaran Islamik ingin memperkenalkan keindahan Islam di Phuket. Pasti anda kagum melihat mereka.




Disamping itu terdapat juga aktiviti makan malam kesyukuran bersama kesemua yg terlibat di dalam pelayaran ini... Di mana di malam itu terdapat pelbagai aktiviti yang di sediakan seperti Permainan Pentas, Pertunjukan Silap Mata, Cabutan Bertuah dan juga Majlis Penyampaian Sumbangan... Hadiah apa agaknya yang disediakan ya.. Pasti lumayan...




Jadual yang disediakan pada pelayaran islamik 3.0

Maklumat lengkap tentang aktiviti sepanjang pelayaran layari link ini.

Pakej Pelayaran Islamik 1 - 4 Feb 2015!

Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM1,677.00!!!




dan setinggi RM2,577.00. Tetapi untuk Pelayaran Islamik 3.0 pakej Junior Suite telah pon habis di jual...



  • Bayi 6 Bulan ke 24 Bulan @ 25% dari harga pakej pilihan
    Perhatian: Pakej adalah tertakluk kepada kekosongan kabin "Berkonsepkan Siapa Cepat Dia Dapat"
    • Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge
    • Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi
  • Add-on Deals adalah untuk mereka yang ingin sarapan pagi dan makan tengahari bersama Ustaz, serta memperolehi minuman tanpa had pada sepanjang pelayaran.  

Detail Pelayaran Islamik


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelayaran Islamik 3.0 ini boleh layari link PELAYARAN ISLAMIK 3.0 . Dan jika anda ingin mendaftar boleh terus mendaftar di sini DAFTAR PELAYARAN ISLAMIK 3.0 . Pendafataran hanya di buat secara online dan penganjur tidak pernah melantik mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer ataupun pemborong mewakili IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik™ ini. IntraTama tidak bertanggungjawab dengan sebarang transaksi dan tuntutan yang dibuat selain dari sesawang rasmi ini.



Boleh juga melihat video ini untuk tutorial pendaftaran... senang bukan?


Jadi tunggu apa lagi daftar segera sementara ada lagi tempat kosong untuk dipenuhi. Pelayaran ini bukan sahaja sesuai untuk anda hadiahkan sebagai ulangtahun perkahwinan tapi boleh juga di jadikan hadiah lain yg berharga seperti:-
  • Hadiah kepada ibu bapa
  • Hadiah cabutan bertuah 
  • Hadiah korporat 
  • Hadiah ulang tahun perkahwinan
  • Hadiah buat para mualaf/orang yang ingin berhijrah
Pastinya ilmu dan manfaat di perolehi untuk anda dan orang tersayang sangat banyak. Hadiah yang diberikan juga merupakan antara amalan yang boleh di bawa sehingga mati kerana ianya sebuah ilmu. :)

Untuk pertanyaan lanjut :


Walk in to:

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)
2-08, Jalan Prima SG 1
Prima Sri Gombak, Batu Caves
68100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Or Contacts

Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com


I WANNA RIDE A CRUISE!

Shamiera Osment

Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

  1. Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini
    Anda mengalami masalah terkucil dan perlukan tips diet ? sila layari amisi.com.my.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !