Fenomena jeruk mangga asam boi di facebook masih lagi hebat.. Ramai dah mencuba buat and post picture kat facebook memasing..penuh timeline dengan pelbagai jenis jeruk.. Mangga la betik la jambu pon boleh..ikut sedap tekak anda...
Tekak sendiri terliur jadiknya so mujur kakak ipar sudi melayan mencari mangga muda ni di pasar Chow Kit tempoh hari...mahal jugak kenanya dlm 15 biji rm7...huuu...nasiblah kan...
So ingredients nya ialah:
Mangga muda 5biji
Asam boi 10biji
Cili burung 9tangkai(ikut tahap kepedasan anda)
Gula 3-4 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Cara-caranya:
1. Kupas mangga and basuh then tos dan potong kecil.
2. Hiris cili dan gaul semua bahan tadi.
3. Jerukkan dalam 4-5 jam then nanti boleh la dimakan...
siap! |
Mmg rangup masam manis dan pedas!
Kekakak semua silalah rerajin kan diri buat je kang beli tak sedap complaint x hingat..pastu bising mahal.tak serupa ngan picture la..kalau buat sendiri anda tahu hasilnya... Sedap x sedap sendiri yang buatkan...hihi... Pastu kuantiti mmg akan jdk nampak sikit even kite letak penuh balang, bila dah terjeruk gitu jadiklah mendap sebab buah agak mengecut...kang cite secara saintifik nangis uols dengar..huhu
after 3 days |
Setelah 3 hari...mengecut jd separuh.mmg xmkn lg ni |
Okbai...
Selamat menjeruk!
Shamiera Osment
Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!
Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com