Recipe Vanilla Cupcakes yang Simple dan Mudah. | Hi semua. Baru ni Shamiera menyambut birthday Zahra, so kali ni tema nya Frozen. Di sebabkan tahap kerajinan tinggi maka, I buat cupcake untuk anak dara I ni.
Jadi, harini I nak share recipe untuk basic cupcakes. Vanilla cupcakes yang simple dan mudah.
190gm butter
1 1/2 cups gula castor
3 cups tepung
1 1/2 teaspoons baking powder
3/4 teaspoons salt
4 biji telur
2 teaspoon vanilla extrac
1 1/2 cup milk
Cara-caranya:
1. Panaskan oven kepada 180 Degree Celcius. Gaulkan semua bahan kering tadi dalam satu bowl (tepung, garam and baking powder).
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Masukkan tepung diselang selikan dengan susu , (permulaan dengan tepung dan berakhir dengan tepung). Pukul hingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam cup, 3/4 cup.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Biarkan sejuk. Selepas itu boleh dipaipkan topping Vanilla Buttercream.
same cupcake with different cup... |
Yang penting color biru... |
* Kalo nak wat color biru just add coloring je la..2 tbsp pon cukup...
Selamat mencuba!
Shamiera Osment
Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!
Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com